Friday, 27 September 2013

Alahai Muhammad Adam Rayyan

Assalamualaikum Si Cantik Manis.

Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan Allah Yang Maha Penyayang lagi Mengasihani.



Yang besar tu Adam yang suka buli Alif
 


  Sudah agak lama Ummi tak update blog. Hari ni Ummi nak cerita pasal anak Ummi yang semakin membesar. Sejak kehadiran Alif dalam family kecil kami, perangai Adam semakin menjadi-jadi. Kalau dulu dia seorang yang senang di bawa kemana dan mendengar kata...sekarang tidak lagi. Semakin ligat perangai Adam..maka ummi dan ayah pun harus menjadi orang yang lebih ligat dan pantas untuk control Adam. Tak boleh tengok Alif ada je benda yang Adam nak usik. Korek hidung Alif lah, nak dukung Alif lah, sampai satu tahap Adam nak duduk kat perut Alif (Aduhai pening macam ni).


  Bukan nak merungut dengan anugerah dari Allah yang tidak ternilai ini cuma bimbang dengan tahap keimanan yang hanya secebis. Tapi ummi tetap akan terus mendidik Adam dan Alif dengan sebaiknya. Ummi harap Adam dan Alif sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat. Dan ummi sentiasa berdoa supaya ummi dapat manjadi ummi yang terbaik untuk anak-anak ummi. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada ummi untuk melakukan yang terbaik untuk kita sekeluarga.
Semoga kita bahagia hingga ke Jannah..Amin.

Semoga Adam dan Alif menjadi anak yang baik di dunia dan akhirat.Amin...

  Mari kita berdoa yang terbaik untuk anak-anak kita. Semoga kita semua menjadi ibu yang baik untuk menjadi bekalan di dunia dan di akhirat.

DOA MENANGANI ANAK-ANAK NAKAL

1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7x dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.
2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.
3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.
4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.
5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, di ikuti doa nabi Daud 3 kali. Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman, Kalau anak masih menyusu hembus pada susu.




Doa Nabi Daud : "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi"

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir "Ya Latif" sebanyak 129 kali diikuti  surah As-Syura ayat 19 :


"Allah Maha Lembut pada hamba-Nya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.


7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani anak-anak belajar.




8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 :


" Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"


9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 :

" Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11. Amalkan Surah Ibrahim ayat 40 :



 "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang yang mendirikan sembahyang, wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.



 
Semoga doa-doa ini dapat membantu kita dalam mendidik anak-anak. Semoga kita pun sentiasa akan terdidik..


Wassalam ..