Thursday, 7 June 2012

Adam yang montel


Assalamualaikum Si Cantik Manis semua..

Bulan depan 5 July 2012 genap anak ummi setahun. Muhammad Adam Rayyan yang montel semakin cerdik. Berat badan pun semakin meningkat sampai lenguh kami suami isteri nak dukung. Time makan memang senang. Tak sampai 10 minit bubur semangkuk boleh licin. Sejak ummi dan ayah sibuk dengan dunia perniagaan kecil. Adam semakin pandai berdikari. Adakalanya dia turut `mengemas' semua stok tudung, blouse dan kain pasang yag ada. Ummi harap Adam akan menjadi anak yang soleh dan jangan ~GARANG~ sangat macam ummi. Garang sikit-sikit sudahlah..

Ummi sayang sangat dengan Adam. Nanti ummi belikan Cupcake yang comel untuk 1st. birthday...Tapi pakai duit poket ayah ye...He..he.. :)

Wednesday, 6 June 2012

SALAM PERKENALAN!!

Assalamualaikum si cantik manis di luar sana..
Ummi memulakan bicara disini (*maklum pertama kali nk post ni..) hari ni 6 July 2012 baru naik kerja setelah bercuti. Banyak sgt benda nak buat..orang kalau cuti boleh juga berehat bersama keluarga, balik kampung @ pergi melancong.Tapi ummi dan husband sibuk pergi cari barang untuk business di Jalan Kenanga dan Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur..Bagi businessman @ women tempat-tempat ni memang jadi tumpuan untuk memborong Tudung, pakaian, kain dan macam-macam barang selagi boleh di buat jualan. Bagi ummi ni pertama kali ke Jalan Kenaga..walupun sebelum ni duduk di KL dah lama tp belum pernah jejakkan kaki di Jalan Kenanga...Kalau Jln. TAR tu jangan cakaplah memang destinasi membeli-belah yang mesti pergi..

Ok nnt ummi akan update blog lagi..kita jumpa lagi dengan isian blog yg penuh dengan tudung, blouse dan kain cotton yang pelbagai corak dan gaya..Ok see u all later ...

Assalamualaikum..si cantik manis semua....