Wednesday, 17 October 2012

Herbalife..

Assalamualaikum Si Cantik Manis ..Semoga sentisa di lindungi di bawah rahmatnya...Amin

Sudah lama ummi tidak update blog..makin busy dengan si montel adam..Adam sekarang dah mula berjalan..Comel...Makan pun semakin kuat..

Ok kita start dengan tajuk besar kita hari ni. Untuk pengetahuan semua sebelum berkhawin berat badan Ummi 48kg. Time tu memang selalu exercise..Joging mesti hari-hari sebelum pergi kerja. Lepas tu mantain je sebab kalau makan pun hanya ambil 1/4 nasi je. Malam memang tak makan hanya minum susu dan air kosong sebagai alas perut sebelum tidur. Bila khawin je, berat semakin bertambah 57kg. Mana tak nye..joging dah tak, makan pun tak control, malam makan lagi..mana tak naik berat badan. Habis tu nak turun dah menjadi masalah. Bila start je pregnant berat sampat mencecah 73kg.
 Time berat 73kg tu memang berat je nak bawa badan, jalan pun lutut terasa sakit, kalau ikut nak je guna wheel chair..tapi macam melampau plak kan. Tapi time tu memang member semua tegur kenapa jalan lain macam je..



Time joging memang badan slim ..(photo from google)
Lepas je bersalin berat 66kg sampai beberapa bulan. Nak joging memang tak sempat busy pulak dengan anak. Selera pulak bertambah. Ish.. macam manalah nak kurus kalau macam ni. Siap beli timbang untuk mengawal berat badan. Boleh di katakan setiap hari nak timbang tapi berat turun sikit-sikit.

Huh ..ni bukan berat yang sebenar ye...

Sejak badan semakin naik ni semua orang tegur kenapa badan dah berisi?? Baju kurung pun banyak dah tak muat. Sebahagian baju sudah bagi pada anak-anak buah (Sayangnya). Tapi masih ada banyak lagi yang masih menjadi hiasan dalam almari. Bila buka je almari rasa sedih sebab banyak baju yang dah sempit bila pakai. Seluar jeans yang bersaiz 29 memang confirm tak muat aduh lagi kecewa di buatnya. Takkan nak beli jeans baru kot. Takkannya...Tapi ummi nak kurus juga macam dulu kalau dapat jangan sampai berat mencecah 55kg ke atas. Beberapa minggu lepas seorang teman di office suggest minum produk Herbalife. Nak di jadikan cerita pergilah try dan sekarang dah jadi ahli Herbalife. Baru 3 hari minum Herbalife berat turun 300g. Kandungan lemak pun dah turun. Alhamdulillah petanda baik ni. Jadi sekarang dengan beberapa teman kami hanya mengambil sarapan herbalife saja. Dah tak de lagi nasi lemak,roti canai, mee goreng, bihun goreng dan seangkatan dengannya...tapi time lunch makanlah nasi cuma kena kawal pengambilannya.
Sekarang perut pun semakin kempis seluar jeans dah muat tapi masih kena tahan nafas bila nak pakai. Huh tak pe nak berjaya kena banyak bersabar. Bersabar itu subur...Berat sekarang 62kg. Nak kena turunkan sampai 54kg~59kg (Tapi mestilah nak 54kg)







Thursday, 5 July 2012

1st Birthday..

Assalamualaikum..Si Cantik Manis..
Hari ni genap setahun umur Muhammad Adam Rayyan.Happy Birthday Adam. Semoga Adam jadi anak yang soleh, beriman,berilmu, cerdik, cergas, cerdas dan sihat. Hari ni Ummi dah siapkan goodies bag utk kawan & teacher Adam di Taska Darul Ilmu. Semoga semua happy ok.

Happy Birthday Adam.


Apa tengok2 ...
Kenapa lama sgt ni..penat tunggu pizza...

Dah sibuk nak berdiri...tp jgn kacau stok tudung ummi ok..

Tag untuk goodies bag ..Tq kepada ely sebab carikan gambar baby dr google

Tag yg dah siap di gunting lepas ni boleh tampal di goodies bag.

Layer Cake, Coklat, Jelly, Gula2 Lolypop dan air mineral..tapi gunting tu tak termasuk ye.
Semuanya di beli kat Cowboy Kulaijaya (murah je) yg penting budak2 di Taska Darul Ilmu happy


Guna brown paper je..100pcs baru RM.2.95

Tara.......dah siap.tq pada ayah adam yang membantu..

Thursday, 7 June 2012

Adam yang montel


Assalamualaikum Si Cantik Manis semua..

Bulan depan 5 July 2012 genap anak ummi setahun. Muhammad Adam Rayyan yang montel semakin cerdik. Berat badan pun semakin meningkat sampai lenguh kami suami isteri nak dukung. Time makan memang senang. Tak sampai 10 minit bubur semangkuk boleh licin. Sejak ummi dan ayah sibuk dengan dunia perniagaan kecil. Adam semakin pandai berdikari. Adakalanya dia turut `mengemas' semua stok tudung, blouse dan kain pasang yag ada. Ummi harap Adam akan menjadi anak yang soleh dan jangan ~GARANG~ sangat macam ummi. Garang sikit-sikit sudahlah..

Ummi sayang sangat dengan Adam. Nanti ummi belikan Cupcake yang comel untuk 1st. birthday...Tapi pakai duit poket ayah ye...He..he.. :)

Wednesday, 6 June 2012

SALAM PERKENALAN!!

Assalamualaikum si cantik manis di luar sana..
Ummi memulakan bicara disini (*maklum pertama kali nk post ni..) hari ni 6 July 2012 baru naik kerja setelah bercuti. Banyak sgt benda nak buat..orang kalau cuti boleh juga berehat bersama keluarga, balik kampung @ pergi melancong.Tapi ummi dan husband sibuk pergi cari barang untuk business di Jalan Kenanga dan Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur..Bagi businessman @ women tempat-tempat ni memang jadi tumpuan untuk memborong Tudung, pakaian, kain dan macam-macam barang selagi boleh di buat jualan. Bagi ummi ni pertama kali ke Jalan Kenaga..walupun sebelum ni duduk di KL dah lama tp belum pernah jejakkan kaki di Jalan Kenanga...Kalau Jln. TAR tu jangan cakaplah memang destinasi membeli-belah yang mesti pergi..

Ok nnt ummi akan update blog lagi..kita jumpa lagi dengan isian blog yg penuh dengan tudung, blouse dan kain cotton yang pelbagai corak dan gaya..Ok see u all later ...

Assalamualaikum..si cantik manis semua....